Wednesday, 28 January 2015

PROSEDUR UNTUK MENTAFSIR BAJET DITENTUKAN DAN REKOD BBC MENGIKUT SOP SYARIKAT.

1.    PROSEDUR UNTUK MENTAFSIR BAJET DITENTUKAN DAN REKOD BBC MENGIKUT SOP SYARIKAT.
  1. BLOK PENSAMPELAN
• Bagi ladang besar, anggaran luas bagi   setiap blok pensampelan adalah antara 30 – 50 ha.
• Pemilihan blok perlu seragam dari segi jenis tanah, topografi, umur dan pertumbuhan pokok.
• Blok pensampelan boleh mengikut blok penuaian atau blok pembajaan yang sedia ada.
• Semua blok pensampelan yang telah dikenal pasti diberi identiti ( nama atau nombor blok )

  1. BILANGAN SAMPEL POKOK
•  Bilangan sampel pokok yang syorkan ialah 5% hingga 10% dari jumlah pokok dalam setiap blok pensampelan
•  Secara praktik, sampel sebanyak 5% dipilih dengan menandakan satu baris pokok bagi setiap 20 barisan pokok.
•  Pensampelan sebanyak 10% ialah satu baris bagi setiap 10 barisan pokok
•  Baris pokok yang dipilih dikenali sebagai baris banci

  1. BARIS BANCI
Pemilihan baris banci hendaklah menepati syarat berikut:
•  Pilih baris banci pertama tiga ke empat baris dari tepi sempadan blok atau pensempelan ladang
•  Baris banci hendaklah tersebar keseluruhan blok pemsampelan bagi menjamin sampel adalah menyeluruh.
•  Jumlah pokok dalam semua baris banci hendaklah hampir menyamai jumlah sampel pokok yang telah ditentukan sama ada 5% atau 10%.
•  Baris banci perlu ditanda  untuk memudahkan kerja bancian setiap empat bulan serta kerja penyemakan jika perlu.


  1. SISTEM BANCIAN TANDAN BUAH HITAM
Pembanci perlu mengenali buah hitam yang berumur lebih dari satu bulan selepas pendebungaan ( melalui latihan )
Kebiasaannya tandan hitam berumur melebihi 1.5 bulan terdapat dicelah pelepah nombor 25 dan seterusnya.
Sebagai panduan buah hitam berumur 1.5 bulan telah mempunyai air dalam
ruang isirung apabila ia dibelah dua.
Setiap pokok di dalam baris banci akan dibanci dengan mencatat jumlah tandan yang terdapat disetiap pokok termasuk tandan hitam yang berkilat berumur 1.5 bulan selepas pendebungaan, tandan muda dan masak.
Tanda X pada pokok yang sudah mati atau titik tanam yang kosong.
Semua catatan bancian dibuat dalam borang khas ( Cth : Borang A )


No. Titik tanam
BLK/BB
BLK/BB
BLK/BB
BLK/BB
BLK/BB
BLK/BB
BLK/BB
A/1
A/2
A/3
A/4
A/5
A/6
A/7
1
2
3
4
5
6
Jumlah Tandan
Bilangan Pokok Matang
Bil. Titik Tanam kosong (X)
Jumlah Titik Tanam



  1. PENGIRAAN
Pendekatan (a )
a)    Jumlah titik tanam yang di banci = Bil Pokok Matang + bil titik tanam kosong
b)    Jumlah hektar dibanci = jumlah titik tanam dibanci / kepadatan tanaman semasa
c)    Jumlah tandan sehektar = Jumlah bil. Tandan / jumlah hektar di banci
d)    Berat BTS ( Buah Tandan Segar ) sehektar = jumlah tandan sehektar x anggaran berat setandan
e)    Anggaran hasil BTS untuk blok = Berat BTS sehektar x luas blok
f)     Anggaran hasil BTS untuk ke semua luas ladang boleh di dapati dengan mencampurkan semua anggaran hasil BTS dari setiap blok pemsempelan.
g)    Anggaran minyak sawit mentah = anggaran BTS x kadar perahan minyak
h)   Anggaran Isirung = Anggaran BTS x kadar perolehan isirung

Pendekatan (b)
a)    Purata bil. tandan sepokok = Jumlah bil. tandan dibanci / jumlah pokok matang dibanci.
b)    Anggaran bil. Tandan untuk blok = purata bil. Tandan sepokok x jumlah pokok matang dalam blok
c)    Anggaran hasil BTS untuk blok = anggaran bilangan tandan untuk blok x anggran berat setandan
Anggaran hasil BTS menggunakan kaedah mengira tandan hitam adalah lebih saintifik dan tepat berbanding dengan kaedah lain seperti berdasarkan data kajian pengeluaran hasil yang lepas.
Ini adalah kerana pengeluaran BTS sangat dipengaruhi oleh faktor cuaca, hujan, tanah dan amalan agronomi setempat
Kaedah ini memerlukan ketelitian semasa pelaksanaan bagi mendapatkan anggaran hasil yang tepat.
Kaedah ini kadangkala sukar dilaksanakan dengan tepat terutama dalam keadaan pokok yang sudah tinggi kerana boleh mengelirukan.


2.    KUALITI PENGELUARAN TANAMAN DAN KUALITI LAPORAN.

Sistem pengeluaran tanaman berkualiti seperti :
a.         Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)
-Mengiktiraf ladang dan kebun yang mengamalkan amalan pertanian baik (GAP) yang menghasilkan produk berkualiti, selamat dan sesuai untuk dimakan.
b.         Skim Organik Malaysia
-Mengiktiraf ladang dan kebun yang mnegusahakan tanaman mengikut piawaian organik negara MS 1529 dengan mengeluarkan label logo 'Organik Malaysia".
Matlamat untuk menghasilkan BTS yang berkualiti tinggi bagi memaksimumkan kuantiti dan mutu minyak sawit.
 Faktor Pengeluaran Hasil  Terbahagi Kepada 2:
    1. Faktor tak terkawal
    2. Faktor terkawal.
A. Faktor Tak Terkawal
   i. Iklim/Cuaca/Jumlah Hujan
   ii.Tanah-tanih yang sedia ada.
B. Faktor Terkawal
·         Pemilihan Bahan Tanaman tapak semaian dan penakaian
·         pembersihan kawasan dan penyediaan tanah
·         pengurusan rumpai di bulatan dan lorong-lorong pokok sawit.
·         kecergasan dan kualiti bahan tanaman yang dialih ke ladang
·         pemangkasan pelepah
·         pemuliharaan tanah/air
·         kawalan makhluk perosak
·         penuaian dan pengutipan buah
ii. Pembajaan
·         Jenis baja yang sesuai
·         waktu yang disyorkan
·         cara baja dikendalikan
Pembajaan sangat penting dalam menentukan hasil BTS dan menyumbangkan lebih 60% daripada kos pengurusan ladang.

SOALAN/QUESTION
1.    Berapakah bilangan sampel pokok yang syorkan ?
2.    Berapakah umur kebiasaan tandan hitam ?
3.    Senaraikan 5 faktor terkawal .
4.    Terangkan anggaran hasil BTS menggunakan kaedah mengira tandan hitam.

5.    Terangkan kenapa perlu membanci ? Jelaskan jawapan anda mengikut pandangan masing-masing.

No comments:

Post a Comment