Monday, 26 January 2015

PROSEDUR UNTUK MENYEDIAKAN LAPORAN PENCAPAIAN PENGELUARAN TANAMAN.



PENYEDIAAN LAPORAN PENCAPAIAN PENGELUARAN TANAMAN


Penerangan
Laporan ini adalah untuk mengetahui data penting dalam pencapaian pengeluaran tanaman. Setiap laporan mesti menggunakan prosedur yang telah ditetaakan oleh pihah ladang. Laporan adalah satu bentuk penyataan yang logikal dan tersusun. Ianya mengandungi bahagian-bahagian, tajuk-tajuk dan subtajuk-subtajuk. Sebab-sebab laporan ditulis; 
·                     Mengenalpasti masalah 
·                     Memberikan maklumat dan fakta 
·                     Mencadangkan penyelesaian 
·                     Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan 
·                     Membuat kesimpulan 
·                     Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti 
·                     Membuat rekod sesuatu peristiwa 
·                     Menganalisi aktiviti perniagaan
·                      Mensintesis sesuatu pelan tindakan 
·                     Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan lain.
 Laporan boleh berbentuk pendek atau panjang dalam format informal atau formal  


Muka Hadapan (Kulit laporan)
Tajuk Aktiviti
Tarikh & Lokasi
Nama Penganjur
Tarikh Laporan Disediakan

1.0 Latar Belakang

Kaedah pelaksanaan.
Bahan-bahan peralatan yang digunakan.
Pengendali/fasilitator yang terlibat.

2.0 Huraian Penilaian

Maklumbalas daripada pihak luar (jika berkaitan).

3.0 Pencapaian Aktiviti

Hasil yang dicapai dari pelaksanaan aktiviti.
Perbandingan hasil dengan matlamat.

4.0 Kemajuan/Masalah

Secara ringkas huraikan kemajuan/masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan aktiviti.

5.0 Cadangan
Huraikan cadangan untuk penambahbaikan.


6.0 Penutup

Rumusan aktiviti.
Ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit.


2.    Format laporan

LADANG MINI ESTATE PPKS
LAPORAN PENCAPAIAN PENGELUARAN TANAMAN

Tajuk Aktiviti


Tarikh & Lokasi


Nama


Tarikh Laporan Disediakan


Kaedah pelaksanaan.


Bahan-bahan peralatan yang digunakan.


Pengendali/fasilitator yang terlibat.


Maklumbalas daripada pihak atasan.


Hasil yang dicapai dari pelaksanaan aktiviti.


Perbandingan hasil dengan matlamat.











Kemajuan/Masalah


Cadangan





3.    Teknik penulisan laporan.

Mengunakan saiz 12,ini adalah salah satu prosedur untuk menyediakan laporan pencapaian pengeluaran tananam. Jenis font adalah Arial. Teknik penulisan ini mestilah betul dan mengikut format yang disediakan.

Contoh format yang betul.

Tajuk Aktiviti
Tarikh & Lokasi
Nama
Tarikh Laporan Disediakan
Kaedah pelaksanaan.


Bahan-bahan peralatan yang digunakan.
Pengendali/fasilitator yang terlibat.
Maklumbalas daripada pihak atasan.
Hasil yang dicapai dari pelaksanaan aktiviti.
Perbandingan hasil dengan matlamat.
Kemajuan/Masalah
Cadangan



Persembahan atau penyampaian ialah pemindahan mesej daripada penyampai kepada penerima dalam dialog dua hala. Persembahan laporan yang baik akan menarik perhatian dan mengekalkan daya tumpuan serta daya ingatan.  
 Panduan Cara Persembahan 
Di bawah ini dicadangkan beberapa panduan bagaimana sesuatu penulisan laporan itu dapat dipersembahkan dengan lebih menarik. Panduan ini adalah berdasarkan singkatan daripada  TOPIK DEWASA.  Singkatan ini akan memberikan kpanduan seperti yang berikut semasa menyediakan dan menulis laporan :
T
Topik
Nyatakan topik laporan atau penulisan        dengan jelas kepada pembaca
O
Objektif
Apakah objektif penulisan anda?  Ini perlu dinyatakan dengan jelas supaya pembaca mendapat gambaran awal tentang tujuan penulisan tersebut
P
Paparan
Kenal pasti bagaimanakah paparan atau susun atur seperti format penulisan, struktur kandungan, penomboran dan sebagainya hendak diadakan.  Paparan ini perlu diambil kira supaya penulisan anda menarik dan mudah dibaca dan difahami.
I
Isi   
Isi penulisan laporan hendaklah jelas dan tepat
K
Kesimpulan
  Nyatakan kesimpulan laporan anda pada akhir penulisan.  Perkara ini perlu kerana di bahagian inilah letaknya pendirian, pandangan, dan dapatan anda tentang topik yang dibicarakan.
D
Definisi 
Berikan definisi yang jelas bagi setiap istilah atau konsep yang hendak dibincangkan dalam penulisan anda.  Elok juga jika anda memberikan contoh-contoh yang sesuai untuk memperjelas apa yang anda maksudkan dengan perkataan berkenaan.
E
Elakkan
Cuba elakkan :
- perkataan ayat, konsep dan perenggan yang   mengelirukan
-  isi yang bertindih-tindih 
 -  membuat andaian-andaian tertentu
- kesimpulan yang bercanggah
W
Wacana
Wujudkan wacana yang menarik dengan menggunakan penanda wacana yang tepat, koherens atau kejelekitan, dan kesinambungan idea.
A
Analitis
  Berikan pendapat anda secara analitis dan kritis.  ini bermaksud hujah-hujah anda hendaklah disokong dengan bukti, alasan dan fakta.
S
Saranan
Cadangkan saranan atau harapan anda jika ada pada bahagian akhir penulisan. Saranan ini mungkin dapat ditujukan kepada pembaca, masyarakat, pihak berkuasa dan sebagainya.
A
Apendiks
Jika perlu, sediakan apendiks pada bahagian akhir penulisan. Apendiks berfungsi sebagai:
- maklumat atau data tambahan
- glosari atau senarai istilah yang berkaitan
  dengan bidang penulisan anda.
- lampiran yang tidak dimasukkan dalam
   bahagian penulisan, tetapi perlu dijadikan
   sebagai bahan rujukan tambahan kepada
   pembaca.
Demikan beberapa panduan tentang cara persembahan laporan. Ianya dapat  diringkaskan kepada singkatan TOPIK DEWASA. Jadikanlah  singkatan ini sebagai panduan untuk membuat laporan yang berkesan. 



No comments:

Post a Comment